Sunday, January 16, 2011

Sedih.......




WHAT A SAD DAY...........HARI NI RASA SEDIH DAN PILU. PAGI TADI MACAM OKAY TAPI BILA DAH TENGAHARI TU TERASA SAYUUUU SANGAT.. RASA MACAM APA YEEER.....ENTAH LA.. TELEFON CIK ABANG THEN TERUS BERENDAM AIR MATA. ENTAH APA2 JER. TAK PERNAH PLAK RASA MACAM NI. KEKADANG TERASA DIRI NI DI ............ISSKKKK..!!! TAK LA......
INSYAALLAH KEJAP LAGI OKAY LA TUUU.......DAH 3 TAHUN DUDUK DI BUMI SAUDI AGAKNYA......TERASA JAUH DENGAN KELUARGA KUT.... APA2 PUN THANKS ABANG KERANA CUBA MENCERIAKAN ZURA TADI....LUV YOU!!!

Thursday, January 13, 2011

WADI HANIFAH N THUMAMAH ....Again........ masuk desert 3 minggu berturut turut

Pagi Khamis yang indah kami sekeluarga menikmati breakfast di Malaz Restorant.. Almost every weekend kami pekena puri dan paratha(roti canai) disini.. Sedap jugak la rasanya dengan fish curry dan baji...wallah.. Selalu jugak la kami bertemu dengan other Malaysian famili yang makan kat situ. Kebetulan jumpa dengan Dina Mus dan Zaliah Amir. Dok borak2..tup tup Mus ajak pergi ke Wadi Hanifah lepak2. Kami kebetulan baru je hantar kereta pi saloon. Malas la nak mengotorkan kereta balik...Almaklum la tengah suci murni nih!! :)). At last cik hubby pun kata yes je laaa....then kami balik rumah sat untuk ambik apa yang patut. Ambil jacket dan tikar untuk santai dan lepak2... okay!! JOM!

Sampai di Wadi Hanifah kami melihat bekas2 peninggalan istana lama. Kebanyakkannya telah musnah akibat dari kebakaran pada zaman Ottoman...bukan Ultraman yer!!

Ni la 3 pasangan sehati sejiwa yang menyertai rombongan mengejut pagi tuu.... Dina la yang rajin bercerita tentang sejarah Dirriyah ni...jom kita baca apa yang dia tuliskan........

"Ad-Dir'iyyah was the residence and first home of the the Al-Saud royal family and the capital of the first Saudi State(1157 -1233H / 1744-1818G). Situated on the edges of Wadi Hanifa it is an oasis town with large areas of palm trees,gardens, estates and farms (mazraa). At this historical site one may see the model of the Najdi Architecture consisting of significant archaelogical buildings, palaces and mosques like the Salwa Palace, the residence and home of the Al-Saud Amirs, Saad bin Saud Palace, Nasser bin Saud Palace, Imam Mohammed bin Saud Mosque, Saad Mosque, The Guest House and Turaif Bath House. Mud brick and limestone blocks were used as the main materials to construct the buildings. Large walls and short observation towers with posts that are of cylindrical form that surround the quarter were used as surveillance and defence of the city then.The buildings were abandoned after the destruction of Ad Dir'iyyah as a result of the battles between the Saudi forces and the Ottoman army led by Ibrahim Pasha in 1233H/1818G. After the departure of the Ottomans in 1824, Turki bin Abdullah bin Saud founded the Second Islamic State in Riyadh until 1891 before the Al-Rasheed tribe captured Riyadh and the Saud were believed to flee to Kuwait. In 1902 AbdulAziz bin Abdurahman Al- Saud succeeded in recapturing Riyadh from the Al-Rasheed again. By Dina... :))
.
Santai2 sambil minum teh dan bersembang......dari kiri (me, fina,zaliah dan dina)

Melawat dam(empangan) yang kering kontang sebab dah lama tak hujan... Dalam setahun ada la beberapa kali je hujan...boleh kira dengan jari je....Masa ni Zaliah dah balik sebab tak bawa sweat shirt...sejuk dan dingin cuaca hari tuu....

Dam yang tak de air langsing dan tanah kegersangan...........tapi ramai jugak warga Saudi dan termasuk la kami pi berkelah....huhuhuhu!!!!

Petang tu selepas menunaikan solat asar..kami dan Dina sekeluarga bertolak ke Thumamah pula untuk main ATV dengan other famili.. Kami sewa satu tent dan berBBQ malam tu dan makan Khabsa.....Seronok dan penat....Kami pulang kerumah se'awal' 11 malam...:))

Wednesday, January 12, 2011

CX9 masuk saloon......

Hari Selasa 11 Jan 11 kereta CX9 kami nak pi saloon....Dia pun nak grooming jugak setelah 2 tahun comot dan tak terurus...cian dia.

ADAMAYA -Yang Terindah

Drama Adamaya ni zura tengok kat internet je di Drama melayu online. Dalam masa 3 hari habis semua episod dari episod 1 sampai episod 23 aku tengok...... Sedih jugak la sampai hujan turun dengan lebatnya.....huhuhuhu :(((

Lisa Surihani.....
Sein Ruffedge.....

Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




BILA CINTA - LAGENDA BUDAK SETAN

Cerita ni dah lama tapi di sebabkan duduk kat Riyadh...baru boleh nak tonton filem nih....huhuhu.. Best ler....suka tengok lakonan Lisa Surihani...

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah (lakonan Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Mereka sering dikenakan tindakan disiplin dan turut melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Friday, January 7, 2011

Lunch+BBQ treat and celebrating belated birthday...Irfan n Hilman

Lepas solat Jumaat 7Jan 11 lepas kami menjemput Mus, Dina sekeluarga, Hilmi, Anura sekeluarga, Amir, Hazita sekeluarga dan Bakhtiar,Fizah sekeluarga makan tengahari dan juga ber'BBQ'.. Cik Dina dan Anura dah nak balik for good so kami nak meraikan mereka. Pada masa yang sama juga kami menyambut harijadi anak kami Irfan dan Hilman......padahal hari jadi diorang ni tahun lepas bulan 11 dan 12...hehehhe asyik tertangguh je so kami buat sekali. Budak2 ni pun tak tau yang kami nak buat potong kek jugak...hehehehehe... Kami juga menyambut harijadi Munzir yang ke 7 sekali ...HAPPY BIRTHDAY SEMUA!!!!

Tetamu yang di jemput sedang menjamu selera...but Hazita tak dapat datang sebab cik abangnya sakit kepala,,,,,,takpe2..next time okay!!

Potong kek.....Irfan, Hilman dan Munzir......

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tak disangka2 tetamu dari AF5 yang kebetulan nak melawat baby Kauthar pun dapat menjamu selera.....tu yang dinamakan langkah kanan... Thanks kak Nani, Kak Nora, Yan dan Kak Elin kerana sudi bertandang ke rumah zura yer...

BIRTHDAY BOY HILMAN...

BIRTHDAY BOY IRFAN....

TERIMA KASIH SEMUA...............!!!

Edge of the World......060111


Tanggal 6 Januari 2011 kami warga melayu Riyadh telah pergi ke satu tempat yang bernama Edge Of The Word (EOTW).. Dengan 12 buah kereta 4WD kami berjumpa di parking lot Le Mall pada jam 7 pagi dan bertolak lebih kurang dalam jam 8 pagi..Al maklum la bila dah beranak kecik nih bukan senang nak bergerak on time...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mudah dengan izinNya..Ishkkkk...formal sangat cara I tulis nih....Eh!...dah ber'I' la pulak...hehehehe
Wokeyyy........pagi tu aku terbangun lambat sekitar jam 540pagi..punya la lintang pukang macam Charlie Chaplin lajunya aku masak nasi lemak dan tuna sandwich...nak potong timun dan sebagainya.. Mula la aku pasang siren pagi tu suh budak2 semua bangun cepat dan tolong mama kat dapur..dengan2 cik abang pun kena sound...Cepatttttttttttttt...!!!!!!!!!!!! Janji boleh sampai kat meeting point tepat jam 7pagi........ Alhamdulillah sempat jugak semua tu siap dan kami keluar rumah jam 655 pagi.. Ingatkan kami dah terlambat rupa rupanya kami kereta yang ke 3...Fuhhhhhh.....kecoh je lebih mama nih..
Sementara menunggu member2 lain sampai...kami pun apa lagi...snap sana...snap sini.....walaupun muka baru bangun tidur...hehehehehe.. Pagi tu agak sejuk dan semua dah ready dengan jacket masing2..

Tengok la muka baru bangun tidur......baru nak warming up!!!

Ni la pakcik Drebar kitaorang......not bad..hensem looking guy!!!!! Bergaya dengan kereta sewanya...LAND CRUISER V8.....mantop gitew!!!

Let's start our journey........melalui kawasan2 kampung.....syok jugak. Nampak ladang2 tamar kiri dan kanan....

Ni la kapal terbang yang sepatutnya kami naik tapi........enjin takde..huhuhuhu!!!

Then kami berhenti di rest area sat untuk isi minyak dan buang apa yang patut sebelum masuk ke desert... Kat desert dah la takde tandas.....so kalau nak melepas kena la pandai2 sendiri.

Tersangkut pulak kereta Amir Zalia sebab rupa2nya kereta ni bukan 4WD.....2WD jer.....Takpe2....mujur ada kereta yang masih kosong..so boleh la menumpang.

Sementara menunggu memindahkan barang2 ke kereta lagi satu...sempat la posing sat...hehehehe Ganas gitu!!

Setelah melalui hiruk pikuk di padang pasir yang luas......sampai juga kami ke destinasi..Syukur alhamdulillah......Aku sempat jugak merasa pandu kereta Land Cruiser setelah 3 tahun duk Saudi..inilah kali pertama aku bawak kereta....Yahooooooo..!!!!

Jom kita panjat bukit.......tapi kan.....terasa teramat la penat sebab badan dah berat..huhuhuh!!!!!!!

As usual.....posing adalah wajib!!!

Kumpulan nasyid lelaki......

Seram tengok depa nih....aiishhhhhh!!!! Longgar kepala lutut nih!

The edge....(gambar fr bro Rahim)


Ni la aksi terbang tapi tak terbang kemana pun..........


kumpulan nasyid perempuan.....

Memang kami happy sangat.........Terima kasih Fina n hubby ajak kami pi rombongan cik kiah nih. Kami betul2 enjoy......
Group foto...(gambar fr bro Rahim)



krukkk...krakkkk...krukkkkk.....krakkkk.....bunyi perut masing2. Jom cari port yang sesuai untuk menjamu selera. Ini la acara yang dinanti nantikan.......makan dan makan lagi...hehehehe!!!

Pelbagai juadah........rajin mak mak di Riyadh ni.....
Kami bergerak balik keluar lebih kurang jam 2 petang then kami singgah lihat "Desert Watermelon"...tapi buah ni tak boleh makan sebab katanya beracun tapi tak tahu la pula kesahihannya. Takde sapa plak yang try makan hari tuu...so...wallahualam...

Sebelum berpisah......kita posing lagi okeyyy..

Tengoklah....semua abaya dah comot semacam.....hehehehe tapi tetap berseri muka kami semua...Bye semua Ila Liqo'........................

Malam tu famili ku dan beberapa famili di jemput makan malam kerumah kak Nafizah....Syukur alhamdulillah dapat kami menjamu selera. Menu tuan rumah memang sedap...Laksa Penang dan nasi dagang. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Naf dan suami menjemput kami dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki...Ameen


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...