Thursday, October 28, 2010

Raudah Al-Zahra.......


YAY!!!!.... Winter is coming.......Good Bye Summer....C U next year..!
Bermulalah aktiviti yang sekian lama tak ku buat...bercucuk tanam dan membelai pokok2 bunga di halaman rumahku.... Tinggal di Saudi ni masaalahnya tak dapat nak ber 'garden' pasal takde space. Tinggal di apartment memang la amat sukar untuk pokok nak hidup. Bila dah pindah ke Al wurood ni....alhamdulillah ada small compound yang dapat melepaskan perasaan ni. Mujur la cik abang dan anak2 pun minat jugak nak siram pokok dan tolong ubah suai taman miniku ini......

Iman dan Ijan menjadi orang kuat Mama.....Thanks Sayang!
Pokok2 yang baru di beli pagi tadi kat Al Murooj....

Pandangan dari bawah.........

Ini la garden (Raudah) yang Mama idamkan walaupun tak sebesar mana.....Syukur Alhamdulillah




Monday, October 25, 2010

Kitchen Make Over.....



Virus....virus.....virus.......virus sudah merebak.........Virus Cik Onna!!!..kah..kah...kah
Sori yekk Cik Onna....bukan aper...sejak member ni pindah sebelah rumah....member asyik nak decor umah dia jer......Kita ni kalau tengok rumah orang cantik....mula la gatal tangan nak cantikkan jugak umah kiter..........bukan jeles tapi sama2 nak hias bagi ada perubahan sikit...Tak gitu cik Onna.........Lantak la orang nak kat kita ni "Minah Konsep".......dah kita ni berjiwa seni..nak buat cemana!!! Yang penting hati saya puas dengan hasil kerja saya sendiri. Bila dah duduk rumah jadik surirumah ni kena la cari idea supaya kita tak jemu nak duduk rumah....sejuk sikit mata memandang. Hati pun tenang!! Okay la........Nak citer pasal dapur nih...... Dapur kat rumah Riyadh ni tak la sebesar mana...tingkap pun takde...kena la pakai hood bila masak...kurang sikit bau.. Bila tengok Onna dok tampal sana tampal sini.......teringin pulak nak menampal jugak...haaaa.....ini la hasil saya yang tak seberapa ....dah macam kindergarden pun iyer....huhuhuhuh....Layannnnnnnn....!!

SEBELUM

SELEPAS

Almari pun habis kita tampal....hahahhaha!!!!!!! Tu...tu...tuu.....Tong beras pun jadik mangsa....kih..kih... :)))))
Alhamdulillah cik abang tak kisah bini dia nak buat apa.....asalkan bahagia... Cakap je nak pi mana dan nak beli apa.....Jom....!!!!!





Saturday, October 23, 2010

Iman pakai spec 201010


"Nerdy Boy"...budak nerd...budak nerd..!!!.........Ini la bahananya budak Iman ni suka sangat main game..PS2, computer games,WII dan segala benda nak main ....Hah!...tengok sekarang ni dah kena pakai spec...ermmmm. Mula2 mama perasan iman ni suka sangat tengok atau membaca dekat2..bila mama test, okay jer tapi suruh jugak la ayah bawak iman test mata. Disebabkan ayah sibuk memanjang....langsung tak jumpa dengan mana2 opthometrist kat Riyadh nih. Bila balik Malaysia Julai lalu...mama suruh kawan mama Unty Ana check mata Iman dan yang lain jugak. Rupa2 Iman ada "Astigmatism".. +300 on both eyes. Terduduk ayah ngan mama terkedu....sedih pun ada...huhuh!! Tak tau la kenapa kami sedih bebenor......tak sampai hati tengok anak pakai spec kut... kononnya pi buat check up kat Selayang Hospital tapi dia bagi appoinment 23hb Sept...tapi masa tu kami dah balik Riyadh... Ayah pun suruh check kat Riyadh sebab ada insuran. So lepas jumpa Opthalmologist di SMC Riyadh.......Ini la hasilnya....new look for Iman....taraaaa....


Astigmatism

Astigmatism is an eye condition with blurred vision as its main symptom. The front surface of the eye (cornea) of a person with astigmatism is not curved properly - the curve is irregular - usually one half is flatter than the other - sometimes one area is steeper than it should be.
When light rays enter the eye they do not focus correctly on the retina, resulting in a blurred image. Astigmatism may also be caused by an irregularly shaped lens, which is located behind the cornea.
Astigmatism may occur in children and adults; it is fairly common and is not contagious. It is usually congenital - is present at birth - but can develop after an eye operation or an injury to the eye. It belongs to a group of eye conditions called refractive errors. Myopia (short-sightedness), hypermetropia (long-sightedness) and presbyopia (aging of the lens in the eye) are types of refractive errors.

Hafazan........baru terang semua tulisan2 nih!!!

I like wearing spec la mama!!

Time ni tengah buat homework yang everyday berlambak lambak......bila masa mama tengah check balik homework ker atau nak review kejap.....apa lagi budak2 nih....haiissshhh!!!!! Pantang rehat sikit..........Iman oh iman.....Ijan oh Ijan...............babab nanti!!!!!!!!


Monday, October 18, 2010

“Kalau tak suka pulangkan balik!”



Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.



“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.



“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.



Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.


Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

* Sedihkan.....jadi terima la pasanngan kita seadanya.... Cerita ni aku terjumpa dalam Facebook...

Alhamdulillah.....................


Alhamdulillah.........Alhamdulillah............Alhamdulillah...............Adalah satu perkara yang menyedihkan sekiranya barang yang kita sayang tiba2 hilang begitu sahaja....huhuhuhu.. Pada 101010 hari tu anakku Muhammad Harith meminjam hphone mama dan membawa ke sekolah. Sememangnya bawa hphone tidak dibenarkan tapi dalam seminggu dua ni ayahnya suruh bawak. Nak di jadikan cerita tetiba hilang la pulak hphone tu. "Abang dah sorok betul2 kat dalam bag dan letak bawah buku lagi.." Kesian jugak tengok muka dia masa tu... Memang mama tersentak la jugak... pasal dalam phone tu banyak gambar2 yang mama tak pakai hijab...adusssss....habis la mama cam nih.. Kalau setakat phone dan contacts takpe la sayang..!!
Okay2...pi cepat solat hajat dan mintak kat Allah supaya Allah lembutkan hati orang yang ambik phone tuu...... Bila bagi tau kat ayah...."Laaaa...macamana boleh hilang...aduiiiiii"" Ayang memang marah sangat masa tu...dah la masa tu ayah tengah stress dengan audit..huhuhu! Esok paginya ayah terus pi sekolah dan berjumpa dengan student councelor dan asked to take action.......
Dalam masa seminggu tu semua student di beritahu agar phone tu di pulangkan.... Kelas Harith pulak kena hukuman tak boleh keluar kelas time PE(jasmani)...stress jugak budak2 tu... DAN ....ALHAMDULILLAH......segala puji bagi Allah...Dia telah memakbulkan doa anakku dan juga yang lain..... Pada 171010....tiba2 Harith terlihat ada hphone tu dalam bag sekolahnya...melompat member!!!! Walaupun all contacts dan message dah takde tapi gambar2 dalamnya masih disitu.....bila belek2 balik gambar tu......mengucap panjang mama tengok...adusssss....huhuhuhuh!!! Apa2 pun syukur kerana mama dapat kembali hadiah Anniversary mama yang ke-13 dari ayah..... Alhamdulillah..............

Thursday, October 14, 2010

......Back for GooD..(Sherry n Yop)

Pada 7hb Okt 2010 yang lalu kami mengadakan Farewell Party untuk Yop dan Sharilla di Moonlight Thumamah dari jam 4 petang sampai la midnight....Ada suka dan ada duka di sebalik party nih....Mengimbau kenangan lalu...kami mengenali this couple masa mula2 datang Riyadh dan menjadi jiran bawah rumah kami...masa tu sharilla tengah pantang anak ke 2. Yop plak orang yang mula2 ambil cikMeor masa mula2 jejak kaki kat Riyadh....Dari situ bermulalah persahabatan kita...........Sharilla ni seorang yang lemah lembut jika bertutur dan kuat gelak juga...kah..kah..kah... Yop plak suka buat lawak.

Yop n Famiili..........


Group photo bapak2 macho di Riyadh
Group photo ibu2 mithali@Riyadh

The most Loving CoupleS only in Riyadh...heheheh!!

Cik Meor n Yop


Me n Sharilla.......
Then ....last Thursday morning yakni 14hb Okt....kami menjemput couple ni datang breakfast rumah kami yang comel nih.....Alhamdulillah dapat berbual bual panjang dari pagi sampai malam... Kalau di ikutkan memang tak habih cerita..Tengok si Onna nih.....banyak betui cerita dia...semua orang kusyuk mendengar ceramah tuh!!!..hehehe. Cik Fizah sampai tertidur tidur...zzzzzZZZZ!!!!!


Meh tangkap gambor ramai2 sebelum balik.......cheezeeee!!!!


Lagi satu.........Yeaaaayyyyyyy!!!!!



Okay Sharilla n Yop......All the very best to both of you. Dunia Allah ni luas dan rezeki ada di mana2...insyaAllah..




Kalau kami datang ke MALDIVES....jangan lupa bagi hotel free yer!!!... Will miss u guys a lot and till we meet again...


MAASSALAMAH!!!


P/s....................malam tadi kami hantar couple ni ke KKIA@1030pm..bye!

Wednesday, October 13, 2010

Kailan Ikan Masin....

Hari ni pertama kali masak kailan ikan masin kat riyadh. Alhamdulillah boleh tahan jugak sedapnya...hehehe :)) Satu je mama tak suka nak masak ikan masin ni pasal nanti satu rumah akan berbau dengan semerbaknya...Takut orang arab bau...mesti depa dok ngata!! Lantak pi la.. Bila habis masak....baju, rambut dan semuanya akan melekat bau...huhuhu..!

Ni dia dah siap masak...tunggu anak balik sekolah pastu kita makan wokayyy!!
Yang ini cik Onna jiran sebelah bagi ....Ayam Paprik...sedap sungguh( kalau orang bagi apa pun mesti sedap kan!!) Thanks Onna....esok nak bagi lauk apa plak???..Then mama masak gulai ikan kicap...Bismillah...

Tuesday, October 12, 2010

Demam....

Saturday, October 9, 2010

BACK TO SCHOOL...2010/2011

YAY....!!!!!!!!!!!!

.

.

.

.


UWAAAAAA.........!!!!!!!!!!!!!!!

.

.

.

.

25 September 2010...First day of school......semua happy jer...My 3 kids..Muhammad Harith, Muhammad Irfan dan Zarif Hilman going to Al Rowad International School Riyadh. Senang je nak kejutkan budak2 nih kalau 1st day...ermm!!

Harith ..Grade 8

Irfan ..Grade 7

Hilman ..Grade 4

Hifzhan ..Grade 2

Iman dan Ijan sibuk mengemas......dan buat sepah jugak..heheh!

Ijan lagi 2 minggu masuk sekolah Learning Oasis Int. School... Ijan dah masuk Grade 2 this year. Dah besor baby mama nih... Mama takde teman kat rumah... Cian mama tapi mama dah ada anak angkat.....nama dia Ellie... Ni dia....!!

.

.

.

.

.

.

Tarraaaaa.............!! dia ni la teman Mama kemas rumah dan masak..

Ok kids........Belajar rajin rajin dan semoga terus berjaya di dunia dan di akhirat. Doa Mama dan Ayah akan sentiasa mengiringi kejayaan U all.....Muaaahhhh!!!

BACK TO REALITY......

SAYU.......... (packing)

Setelah hampir 3 bulan di bumi Malaysia, terpaksa la kami melangkah kembali ke bumi Saudi demi mencari sesuap nasi.. Bermula kisah menjelajah Giant, Tesco, pasar..kedai2 untuk mencari bahan2 dapur(yang takde kat saudi) selama setahun. Kalau tak bawak...rugi plak rasanya.... Kami ada 180kg jer dibenarkan untuk dibawa pulang.... Keluar rumah dari Shah Alam pukul 4 petang dan alhamdulillah kami terbang ke udara pukul 745 malam dengan Emirates Airlines. .......BYE..Ila Liqo' Malazia..!!

KLIA......

Kids On Board....

Transit @ Dubai 2Hrs



Touched Down Riyadh@ 230am

Syukur kami sampai jugak KKIA dan macam biasa la bila dah masuk sini....bermula mengharungi kehidupan yang kengkadang membuat jiwa ini stress dengan perangai segelintir A**b nih....Masa di imigresen 1 beg dan 1 kotak kena di buka sebab ada botol kicap..heheh depa ingatkan alcohol...cheetttt!!!.... "Fi Alcohol hina" Depa ingat aku minum air setan tu kaaa...poraahhh!!! Lagi satu kotak kena bukak pasal ada sachet banyak2..depa ingatkan dadah kut...huhuhuhuh!!!! Dah berpuluh kali kuar masuk saudi ..ini first time beg kena selongkar..tapi Alhamdulilllah semua lepas bila tau kira ni dari Malaysia... pegawai tu siap gelak2 lagi dengan kitaorang bila tahu kami dari Malaysia... Kalau dari Malaysia ni depa layan kita lebih sikit...syukur la jugak!!

Thanks sangat sangat kat Amir, Hazita dan Mustaqim kerna sudi mengambil kami yang sarat dengan barang2, almaklum laaa.....7 bags n 4 boxes.


Thanks Hazita n Amir kerana sudi mengajak kami lunch dan beraya sekali petang tuu.....Kenyang perut kami dan semoga u all dimurahi rezeki yang melimpah ruah...Luv u!!

........................borak2 sampai jam 9 malam.... Malam tu sampai rumah sampai kul 1 pagi pasal ada sambutan National day...giler2 punya traffic jam. Sepatutnya boleh sampai rumah 15 minit tapi dah jadi 3 jam sambil melayan perangai dan keletah budak2 Arab ni berpesta tak hengat dunia kat jalanan...itu la mereka.....kesiannnnn!!!

UNPACKING.......ermmmm!!Packing.......unpacking........packing.....unpacking..........grrrrrr!!!!.. Inilah benda yang paling aku rimas bila hidup di perantauan.....tapi apakan daya..!! Takpe la kan... Barang2 ni semua wajib di bawa kalau tak mesti menyesal tak terhingga.. Kicap kipas udang ..cili sos...sos tiram..dan banyak lagi laa.....(stok untuk setahun) iyer la tuuuhhh!!

Kuih raya ni ada la bawak sikit2 dan siap dengan balang2 kuih sekali sebab malas nak simpan2 kat umah Shah Alam...Cik abang sumbat2 semua sekalu balang kuih tu dalam kotak...tunggang langgang kuih tu semua...heheheh... Mujur tak pecah! Mahal tau balang tuh!! Rm 18 sebijik.!

Milo, susu 456, ketupat, nestum pun ada. Milo kat sini mahal bebenor...susu tu untuk Ijan sebab dia kata susu arab tak sedap...heheh


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...