Wednesday, May 11, 2011

SELAMAT HARI JURURAWAT....

Setiap 12hb May .....sambutan "Hari Jururawat Sedunia" di sambut oleh semua jururawat.. Walaupun saya ni 'bekas jururawat' tapi saya sangat suka dengan kerja saya nii....ermm tapi dalam masa yang sama jugak seronok juga dah jadi suri rumah tangga terhormat nih.....boleh relaks2...hehehheh!!!!!! Apa2 pun...apa yang kita buat dan lakukan dalam setiap perkara hendak la niat kerana Allah Taala. InsyaAllah akan diberkati dan banyak pahala..

Teringat masa dalam kereta zaman dulu2...sembang2 dengan cik abang...kenapa awak nak kawin ngan saya ni... saya ni jururawat jer. Kenapa tak nak cari satu Universiti dengan abang.?????.... Grrrrr...marah betul cik abang masa tuu.... dia cakap.." Jururawat ni adalah satu pekerjaan yang amat mulia sekiranya kita lakukan dengan ikhlas dan kerana Allah Taala......hehehhe.... Sebenarnya saja jer nak ngusik dia..!!!

Okay la....kita nak cerita sikit pasal kisah kita macamana mula2 kita terjebak jadi jururrawat nih....ermmmmm ..Cer citer...cer citer....hehhehe!!!!
Teringat masa mula2 terjebak jadi jururawat ni selepas tak dapat meneruskan pelajaran di ITM Kuantan. Bila dah terdesak...tetiba kakak yang pada masa tu sedang belajar di Sekolah Kejururawatan UHKL....dia offer borang nak jadi jururawat. So kita pun apply jer dan terus dipanggil interview...then dapat tawaran...Bermula dari situ la aku menjadi seorang jururawat pelatih dari tahun 1991 hingga 1994.... Selepas 3 tahun ....aku menjadi seorang jururawat terlatih(SRN)..
Setelah habis kursus 3 tahun kami semua di beli pilihan nak masuk department apa...So, aku 1st choice....dewan bedah(OT)..sebabnya adalah ofis hour.. sesekali je syif. So Alhamdulillah dapat jugak..... bermula la aku menjadi seorang jururawat dewan bedah.... Sedar tak sedar 14 tahun jugak aku kerja dalam dewan bedah tu........Alhamdulillah aku suka menjadi seorang jururawat walaupun penat terpaksa berdiri seharian dan berlari kesana kemari tapi aku tetap happy...

But...tahun 2008....aku terpaksa mengikut cik suami berhijrah ke Saudi Arabia....maka aku pun dengan rasminya menamatkan perkhidmatanku sebagai jururawat setelah 14 tahun di dewan bedah....... And now aku seronok jugak menjadi surirumah tangga terhormat....Kenangan menjadi jururawat akanku ingat sampai bila2.... :))
SELAMAT HARI JURURAWAT..!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...