Sunday, February 13, 2011

Kenangan 3 tahun yang lalu @13hb Feb 2008

Telah 3 tahun berlalu.........how time flies..!! cepat je rasanya.. 3 tahun dah ayah berada di bumi Saudi ni.. Ayah memulakan kehidupan dan pekerjaan di tempat baru di Riyadh. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Ayah bertolak ke Riyadh pada 7hb Feb 2008 dengan menaiki Ethihad Airways dari KLIA. Masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan mama dan anak2 bila ditinggalkan...huhuhuhuhu !!! Almaklumlah tak pernah kena tinggal selama kita berkahwin.... Memang angau tak tentu hala jer rasa.. Orang tua kalau dah angau memang lagi teruk dari orang muda...kih..kih...kih....

Menghantar cik abang di KLIA.... :((

Ini la yang terjadi setelah 6 hari di tinggalkan oleh kekasih hati......hahahahhaah

Sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

13hb Februari 2008 @ 440 petang

Ini la kereta cik abang yang mama bawak pergi kerja hari tuu.....sikit lagi nak tercabut pili bomba tuu.....kalau cabut..habis la mama kena denda!!

Adik beradik semua datang menolong tarik kereta naik semula tapi tow truck tak boleh tarik sebab kereta berat sangat dan terpaksa panggil tow truck yang lebih besar... Alhamdulillah boleh jugak akhirnya!!

Nampak macam sikit je kena tapi hidungku teruk jugak berdarah rupanya...lepas eksiden tu mama dibawa ke hospital...Tak sempat nak tengok sapa yang bawak mama sebab terlalu malu....huhuhuh!!! Kena 6 jahitan di hidungku...seminggu jugak mama bersesungut.. :(

Kereta Proton Iswara mama yang mama rempuh jugak ....

Ini la mama semasa di PPUM dengan pakai uniform kerja lagi....... sebelum tu orang ramai hantar mama ke Selangor Medical....




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...