Thursday, February 24, 2011

Jom ke TOKYO.....

Cececececceeehhhh.....macam iyer je nak ke Tokyo yer....Sebenarnya hari tu teriba rasa nak makam sushi... So ayah ajak makan kat Restoran Tokyo ni.. Pergi lepas zuhur...sempat jugak masuk kedalam. 2 minit kami masuk terus dia tutup kedai....Fuhhhh...sempat jugak. So apa lagi..kami pun order la sushi dan benda2 lain....Enjoy!!!
Interior....
Menunggu satu penyiksaan.....

Ayah punya....


California Roll....
hehehhehhe.........baca la!!!

Friday, February 18, 2011

Dinner TGIF ngan Cik Leha

Khamis dan Jumaat selalunya mama tak masak sebab mama pun nak cuti jugak tapi kekadang tu mama masak la jugak...hehhe!! Semalam ada Majlis Aqiqah so hari Jumaat tu pergi sarapan di Malaz Restoran macam biasa...pekena Puri dan Paratha. Kali ni bawak Cik Leha pekena teh tarik.......Sian Leha......hihihihih....berapa bulan tak pekena roti canai dan teh tarik yer..huhuh!!! Gambar makan roti canai takde la pulak.....tunggu mek tu upload dulu..then kita curi foto tuu..

Petang tu mama dan mek Leha buat popia goreng untuk minum petang...buat sikit je sebab nak simpan space kat perut untuk dinner kat TGIF...

Thursday, February 17, 2011

AQIQAH baby Kauthar,Amna dan Anas

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH

  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

  • Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

  • Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

  • Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

  • Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

sumber dari:

BABY KAUTHAR

BABY AMNA

BABY ANAS


Cenderahati istimewa buat para tetamu...Bunga telur, Wajik dan Gula gula

Ibu2 Riyadh berselawat Nabi...... majlis Cukur rambut baby Anas
Bacaan doa selamat oleh Ustaz Hafiz sebelum majlis bermula..

Majlis bermula dengan kedatangan para jemputan pada jam 1 tghari@17hb Feb 2011. Ramai jemputan yang hadir. Tuan rumah adalah pasangan Puan Hafizah/En Bakhtiar, Puan Ruzieyati/En Wandi dan Puan Rahana/En Amin
Terima kasih atas jemputan yang meriah dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar....


Fizah dengan Mak Wan..

Kak Ana dan Amna

Ruzie, Mak Ruzi dan Kak Nora
Align Center

Sunday, February 13, 2011

Kenangan 3 tahun yang lalu @13hb Feb 2008

Telah 3 tahun berlalu.........how time flies..!! cepat je rasanya.. 3 tahun dah ayah berada di bumi Saudi ni.. Ayah memulakan kehidupan dan pekerjaan di tempat baru di Riyadh. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Ayah bertolak ke Riyadh pada 7hb Feb 2008 dengan menaiki Ethihad Airways dari KLIA. Masa tu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan mama dan anak2 bila ditinggalkan...huhuhuhuhu !!! Almaklumlah tak pernah kena tinggal selama kita berkahwin.... Memang angau tak tentu hala jer rasa.. Orang tua kalau dah angau memang lagi teruk dari orang muda...kih..kih...kih....

Menghantar cik abang di KLIA.... :((

Ini la yang terjadi setelah 6 hari di tinggalkan oleh kekasih hati......hahahahhaah

Sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

13hb Februari 2008 @ 440 petang

Ini la kereta cik abang yang mama bawak pergi kerja hari tuu.....sikit lagi nak tercabut pili bomba tuu.....kalau cabut..habis la mama kena denda!!

Adik beradik semua datang menolong tarik kereta naik semula tapi tow truck tak boleh tarik sebab kereta berat sangat dan terpaksa panggil tow truck yang lebih besar... Alhamdulillah boleh jugak akhirnya!!

Nampak macam sikit je kena tapi hidungku teruk jugak berdarah rupanya...lepas eksiden tu mama dibawa ke hospital...Tak sempat nak tengok sapa yang bawak mama sebab terlalu malu....huhuhuh!!! Kena 6 jahitan di hidungku...seminggu jugak mama bersesungut.. :(

Kereta Proton Iswara mama yang mama rempuh jugak ....

Ini la mama semasa di PPUM dengan pakai uniform kerja lagi....... sebelum tu orang ramai hantar mama ke Selangor Medical....




Saturday, February 12, 2011

Jumpa Harry dan Kak Adik di Jeddah


Kita hanya merancang tapi hanya ALLAH yang menentukan segalanya....... Cuti sekolah yang sepatutnya hibernate di rumah sahaja tetiba bertukar pulak..heheh... Bila mendapat tahu anak saudara sepupu yang terlibat dengan kacau bilau yang berlaku di Cairo Mesir akan tiba di Jeddah..so kami bertukar plan untuk melawat beliau di Jeddah. Kebetulan pula sepupu mama (kak adik) pun ada di Jeddah. Mama pun suruh cik ayah try to dapatkan cuti sehari(Rabu) untuk ke sana.....Syukur alhamdulillah cuti diluluskan walaupun dah last minit mintak...Fuhhh!!!
Hari Selasa(8.2.11) mama mengemas apa yang patut dan bersiap siap untuk perjalanan ke Jeddah yang sejauh 970km dari Riyadh......Ayah balik lambat sebab banyak kerja kena selesaikan sebelum cuti....kesian dia so mama suruh ayah tidur dulu then kita pergi yer.... :))
Mama macam biasa akan siapkan bekalan makanan dan air panas untuk drebar so dia boleh ngap ngap masa memandu nanti.....untuk hilang ngantuk nanti... So mama buatkan tuna sandwich, keropok dan kopi panas.. Pagi Rabu(9.2.11) jam 330pagi kami bertolak.......Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah.

Kami sampai di Makkah jam 10 pagi then allatul ila Jeddah....Sampai jam 11 sambil melilau lilau cari Apartment for freshen up.... tapi punya la tak jumpa2 yang berkenan di hati...tup tup kami terjumpa pulak tempat penginapan Harry yakni penempatan student2 mesir (MADINATUL HUJJAJ). Kami pun decided terus jumpa dan bawak harry makan dan ronda2.

Lebih kurang dekat pukul 1 jugak la kami masuk perkarangan Madinatul Hujjah ni. Tapi alangkah sedihnya kami sebab kami tak dibenarkan membawa keluar sesiapapun dari tempat nih.. baru pagi tu pihak atasan membekukan semua student tak dibenarkan keluar....huhuhuu :((. Merayu punya merayu pun tak dapat sampai terpaksa buat muka seposen. Tak lama kemudian ada seorang hamba Allah ni kesiankan kami lalu membenarkan kami bawa keluar anak sedara sebentar untuk di bawa makan luar...Alhamdulillah sangat2. Walaupun di suruh hantar semula pada jam 630 petang kami tetap bersyukur..

Bergambar di Madinatul Hujjaj bersama Harry

Makan dan melantak juga....hahahhah sebab dah lapar sangat. Bawa Harry makan di Asia Restaurant Jeddah...

Ronda2 di Obhor Jeddah........sementara menunggu bilik hotel di kemaskan..Pulang semula ke hotel dan mandi manda. Sungguh singkat masa nak pergi mana2......Kami sampai semula ke Madinattul Hujjat dalam jam 7 malam sebab traffic teruk sangat. Sempat juga kami belikan ayam Al Baik....
Lepas kami hantar Harry...kami pun bertolak pula ke Quraish Street untu berjumpa dengan sepupu di sana....tapi sekejap sahaja berjumpa sebab ada lagi jemputan dari kak Zunita dan Saiful di rumah mereka. Alamaks.......takde pula la gambar yang di ambil di rumah kak Ita...huuhuh!!!!!! Sabar je la..Malam tu kami terlalu penat dan sampai hotel dah dekat jam 1 pagi...apa lagi....zzzzzZZZZZZZ!!!!!!! dengan aman.

Esoknya.....

Sebelum kami berjumpa dengan Harry sekali lagi kami pergi jengah Red Sea Mall untuk sarapan dan shopping2 sikit. Masuk Danube jugak untuk belikan makanan dan keperluan Harry dan rakan2 dia......Lepas asar kami jumpa dan sempat bergambar di bilik budak2 nih...Kesian tengok budak2 bergelimpangan...heheh..ermmm yer ker!! Takpe2...anggap la ini satu ujian dan dugaan dari Allah untuk belajar lebih bersabar.. bersabar jadi pelarian ye!! :)
Baru sampai di Red Sea Mall..



Kenangan bergambar bersama sebelum berangkat ke Makkah...

Then kami terus ke Makkah untuk ziarah. Kali ni kami tak melakukan umrah. Sepanjang perjalanan ke Makkah kami selihat bukit dan gunung bewarna hijau....cantik!!!

Hotel di Makkah

Syukur kami sampai ke Makkah sebelum maghrib tapitak sempat menunaikan solat maghrib di Masjidilharam..... Kami menginap di Al Maqam Hotel sebelah Le Meridien Hotel. Buat tawaf sunat dan alhamdulillah orang tak ramai malam tuu...

Keesokkan pagi tu kami bertolak dari Makkah jam 11 pagi dan selamat sampai ke Riyadh jam 645 malam......... Syukur padaMu Ya Allah......semua di permudahkan, Alhamdulillah!!

Selesai mengerjakan tawaf sunat dan solat Dhuha di pagi Jumaat (11.2.2011)...Semoga kami sampai lagi ke rumahMu Ya Allah... Ameenn!!!

Friday, February 4, 2011

Bowling @UBC


Thursday, February 3, 2011

CUTI SEKOLAH aktiviti....


Wokey kids.......cuti sekolah kali ni kita tak gi jauh2 sebab ayah dah start inspection selama 4 minggu so kita pergi piknik je la kat thumamah. Only us!!! yeeehaaaa....
First time we all pergi picnic ni sekeluarga. Alhamdulillah semua okay dan kami sooooo sooo sooo happy......Jom sayang2 semua..

Baby mama suka dan enjoy sakan main kereta dan bola.......

Mama masak macaroni goreng jer dan dah marinate ayam+kambing!!!

Makan sampai buncit okay!!! Ayah yang sporting sangat....We love you!!

Lepas Maghrib kami lepak2 sampai Isyak then kami balik sebab dah tak tahan sejuk sangat. Angin punya la kuat .....but kami tahan jugak....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...