Wednesday, March 24, 2010

HADIRNYA SEORANG IBU...



Pada 9hb Februari lalu mak akhirnya sampai jua ke bumi Riyadh..Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar dan mudah. Syukur ada sahabat yang baik hati Anees Liyana dapat menemani mak untuk datang bersama sama ke sini. Kebetulan juga Anees bawak parents in law dan adik ipar dia jugak....Terima Kasih banyak2 ya Anees. Jasamu dikenang sampai bila2. Mak menaiki Singapore Airline dan tiba dalam jam 7 malam. Rasa macam tak percaya jer mak dah sampai ke rumah kami yang sekangkang kera nih....






Tapi tak sampai sebulan mak tinggal bersama kami di Riyadh....tiba2 mak di serang sakit jantung (IHD)..Selepas batuk dan selsema hampir seminggu... Doktor menasihati mak agar banyakkan berehat. Keadaan mak stabil tapi kena observe betui2...risau tengok keadaan mak masa tu... Then tak lama kemudian kami terpaksa menghantar mak pulang ke Malaysia dengan hati yang amat berat..... Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya...mungkin itu yang terbaik..InsyaAllah.!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...