Tuesday, January 12, 2010

UMRAH JAN 2010

Syukur ke hidrat Illahi kerana dapat menjadi tetamuNya sekali lagi. Walaupun baru seminggu balik ke Riyadh, kami sekeluarga tak sabar2 untuk mengunjungi rumahMu. Alhamdulillah kami sampai jua ke Masjidil Haram untuk melaksanakan ibadah umrah. Pagi tu kami sampai ke Miqat Al-Manazil (Al Sail Kabir) jam 6pagi... beberapa kali jugak la kami berhenti tidur. Kesian kat ayah...mengantuk ya!! Lepak di taif dalam 1 jam setengah. Sampai di Makkah jam 9 lebih dan berjumpa dengan Haji Helmi. Kami dapat check in awal di Hotel Zam Zam dan duduk di tingkat 15..(haram view).. Kami melakukan umrah dengan lancar kerana orang masih tidak ramai dan balik ke bilik untuk berehat. Jemaah pun semakin ramai kerana malam itu adalah malam jumaat. Malam tu kami dinner di D'Saji dan bertemu dengan Hafizah sekeluarga, Gee Harun sekeluarga dan Jeni sekeluarga mebawa ibunya sebelum balik ke Malaysia.....Sedap jugak makanan di situ.....roti canai..roti telur, nasi campur ,mee goreng dam macam2 lagi..harga pun berpatutan......kenyang dan balik rumah......zzzzZZZZ........ tido cepat sbb nak pergi cium Hajaratul Aswad pagi esok.... Bangun seawal 330 pagi dengan harapan dapat mencium batu dari syurga tu tapi hampa kerana untuk An Nisa'(perempua) selepas solat subuh....huhuhuuu!!!!! Tak pe la..kami tunggu selepas subuh...InsyaAllah... Lepas subuh aku dan cik abang pun melangkah terus dan dengan keredhaannya aku dapat juga menempuh segala rintangan dan halangan akhirnya dapat ku cium batu itu......tapi dah macam apa je masa tuuu ..berhempas pulas sampai aku melekap kat dinding macam 'Spiderman' sebab kena tolak...sakit OOIIIIII!!!!!!!!..aku jerit sekuat kuat hati then cik abang datang rescue kita dengan menarik pinggang aku sekuat hati....masa tu aku pasrah..janji dapat keluar dari situ...hehhehe......mujur ada "HERO"....cayang abang!!!! muaahhh..muaahhhh!!!.. Semput jugak masa tu....Apa2 pun niat aku selama ni tercapai jua....Alhamdulillah...pastu aku pergi ke Hijir Ismail dan solat sunat dengan tenang kerana tak ramai orang....syukur sangat...polis yang jaga tu pun baik..Malazii..malazi....hehehe!!

Lepas solat Jumaat kami bersiap untuk pulang ke Riyadh...singgah jap kat Al Baik beli ayam sat! Kami berkonvoi dengan dengan keluarga Bakhtiar dan Hafizah sekeluarga dan sampai Riyadh jam 12 malam....Syukur segalanya berjalan dengan lancar dengan izinNYa....Alhamdulillah.





1 comment:

  1. Assalamualaikum meor

    ni aku, Fauzy yg tinggal dkt ss 19 dpn msjid ubudiah tu. aku ada interview esok dgn cap mkt authority. tlg contact aku thru email mfauzy@nazattdi.com sbb ada benda aku nak tanya. thanks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...