Tuesday, January 19, 2010

JOM BERIADAH DI RANCO...





Teima kasih kepada kak Rozaitonisah kerana sudi membenarkan kami setiap hari Isnin pergi ke Ranco Village untuk beriadah.... Dapat juga kami melakukan aktiviti sihat setiap minggu. So, setiap pagi hari Isnin cik abang menghantar aku pergi ke rumah Kak Nani dalam pukul 720am gitu. Kami bersama sama dengan teman yang lain..Noor,Nor dan Dina menaiki kereta sewa yang disewa khas..hehehhe Dalam pukul 8 lebih dah sampai Ranco. Lebih kurang pukul 830am , kami bergerak dan melakukan aktiviti yang sepatutnya... Aktiviti rutin selalunya kami akan bermain Tennis...Badminton dan Squash....Lasak sungguh kami..hihihiiii.....Dah tua tua baru nak main benda2 nih...Baru nak merasa main tennis wehh...nampak macam senang tapi Mak ooiii........susah jugak wehhhh!!!!! bersepah sepah bola kami pukul.....asyik kutip bola dari pukul bola.....huhuhuh!!



Min main jugak ...posing... posing jugak..janji keluar peluh2. Semua semangat dan beli peralatan baru....

Min kejap rehat lebih......baru la syokkkkkk!!!!!

Backyard rumah kak Nisah...cantik sangat. Musin sejuk ni boleh la makan2 kat luar. Makanan tiap2 minggu berubah ubah....potluck jer. Masa time Ruby ada dulu...dia memang rajin masak segala benda...shushi....mushroom sup dan macam2 lagi tapi yang lainpun apa kurang nya...Semua pandai dan hebat kalau memasak kecuali aku...hehehehe...makan hebat la!


Selesai aktiviti makan...selalunya kami berkaroke la plak....tapi sekarang dah takde dah duk melalak seperti selalu selepas Ruby berpindah ke Dubai..huhu... We do miss u Ruby....!!!..kalau u datang Riyadh..jangan lupa melawat kami ya ...

So..ini la aktiviti separuh ibu2 di Riyadh....Thanks again to kak Nisah. Jangan jemu ajak kami lagi ya...muahhhs!!

LEPAK LEPAK @ IKEA-PANDA PARKING LOT


Kemaruk cycling anak2....mama dan ayah pun kemaruk picnic jugak...heheheh.... Masa winter ni la nak melepak sana sini ,bila dah masuk summer...jangan harap la nak melepak cenggini. Mau kami masak di bakar si mentari. Hari Jumaat lepas kami sekeluarga pergi lunch kat IKEA..pekena meatball dan menu lain...teringin la pulak..Barang yang nak dibeli, nil in stock la plak. Lain pulak yang kami beli...biasa la kannn...... On the way nak pergi ke Hyperpanda...kami tengok ramai jugak famili arab melepak macam biasa kat parking lot sebelah IKEA tuuu...so kami pon apalagiii....join the group la. Anak2 pun seronok dapat main basikal diorang. Ini la saja tempat boleh main basikal....kat rumah takde tempat nak main..duk umah 24 jam...huhuhuhu!!

YAY!!!!!!........jom lepak!

Ni aksi aksi yang tidak ingin anda lihat...huhuhuhu!!!!! Bang haji ooo bang haji ooiiiii.......
Ini kes mengidam nih...hihihi..

Bentang carpet kalau kelah kat sini kalau kat Malaysia pakai tikar plastik atau tikar mengkuang jer...
Sebenarnya dalam hati...teringinnya aku naik basikal tu....tapi apakan daya.

Ini anak anak bujang yang seronok sangat dapat buat aktiviti begini...kalau boleh nak setiap hari...huh!...banyak cantik muka korang...

Hari semakin gelap dan kami menunaikan solat Maghrib di tikar tu jer....Ini la kelebihan duduk di bumi anbiya...solat tak kira dimana sahaja..tepi jalan pun boleh janji bersih..

Dinner makan kebab jer...sebab dah kenyang makan kat IKEA tadi...Lepas Isya' kami terus pergi shopping barang2 dapur kat Hyperpanda di sebelah Ikea jer.......Ok..jom balik...esok sekolah anak2. Minggu depan kita naik ATV pulak...Go Thumamah.!!!

Friday, January 15, 2010

RIADAH HUJUNG MINGGU


Hari Khamis lalu 14 Jan 10...kami merancang untuk berkelah sambil budak2 main basikal dan ripstick. Malam sebelum tu kami belikan basikal untuk Iman dan Ijan jer...kecian kat abang2 pasal kereta ayah kecik sangat.nanti kalau ayah ada lori..boleh laaaa....heheheh!!!..Takpe2 kami belikan korang Ripstick jer tapi semua kedai dah takde jual..stock habis dibeli oleh rakyat malaysia di Riyadh...huhuhuhu!!!!

...........Pagi tu selepas subuh mama masak nasik lemak, telur goreng, sardin dan goreng karipap dan cuq badak...Kak Elin pun sama masak nasi lemak dan buat sambal tumis ikan bilis.Eh lagi satu..butter cake yang sedap tuu........Kami seramai 5 keluarga iaitu Kak Elin, Zura, Dina, Gee dan Azwa. Cuaca pun just nice tak sejuk dan tak panas.....Tiba di Muzium tu dalam pukul 10 lebih dan kami balik sebelum maghrib dalam jam 5 petang.....hari pun dah sejuk.


Ini la anak2 ku yang seronok dapat bermain basikal dengan rakan2...

Ini pula persatuan mak mak riyadh yang dah melekat dekat tikar sambil ngap ngap!!! Bapak2 pun apa kurangnya....Ngaaapppp jugak.......!!!!

Ini plak ..........posing tak habis2.....bila lagi kan?


Tuesday, January 12, 2010

MUALIM -by Sami Yusuf






Shutterfly.com
We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled

Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Tak Mungkin Kerna Sayang


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

DOSA YANG LEBIH BERAT DARI ZINA..


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

UMRAH JAN 2010

Syukur ke hidrat Illahi kerana dapat menjadi tetamuNya sekali lagi. Walaupun baru seminggu balik ke Riyadh, kami sekeluarga tak sabar2 untuk mengunjungi rumahMu. Alhamdulillah kami sampai jua ke Masjidil Haram untuk melaksanakan ibadah umrah. Pagi tu kami sampai ke Miqat Al-Manazil (Al Sail Kabir) jam 6pagi... beberapa kali jugak la kami berhenti tidur. Kesian kat ayah...mengantuk ya!! Lepak di taif dalam 1 jam setengah. Sampai di Makkah jam 9 lebih dan berjumpa dengan Haji Helmi. Kami dapat check in awal di Hotel Zam Zam dan duduk di tingkat 15..(haram view).. Kami melakukan umrah dengan lancar kerana orang masih tidak ramai dan balik ke bilik untuk berehat. Jemaah pun semakin ramai kerana malam itu adalah malam jumaat. Malam tu kami dinner di D'Saji dan bertemu dengan Hafizah sekeluarga, Gee Harun sekeluarga dan Jeni sekeluarga mebawa ibunya sebelum balik ke Malaysia.....Sedap jugak makanan di situ.....roti canai..roti telur, nasi campur ,mee goreng dam macam2 lagi..harga pun berpatutan......kenyang dan balik rumah......zzzzZZZZ........ tido cepat sbb nak pergi cium Hajaratul Aswad pagi esok.... Bangun seawal 330 pagi dengan harapan dapat mencium batu dari syurga tu tapi hampa kerana untuk An Nisa'(perempua) selepas solat subuh....huhuhuuu!!!!! Tak pe la..kami tunggu selepas subuh...InsyaAllah... Lepas subuh aku dan cik abang pun melangkah terus dan dengan keredhaannya aku dapat juga menempuh segala rintangan dan halangan akhirnya dapat ku cium batu itu......tapi dah macam apa je masa tuuu ..berhempas pulas sampai aku melekap kat dinding macam 'Spiderman' sebab kena tolak...sakit OOIIIIII!!!!!!!!..aku jerit sekuat kuat hati then cik abang datang rescue kita dengan menarik pinggang aku sekuat hati....masa tu aku pasrah..janji dapat keluar dari situ...hehhehe......mujur ada "HERO"....cayang abang!!!! muaahhh..muaahhhh!!!.. Semput jugak masa tu....Apa2 pun niat aku selama ni tercapai jua....Alhamdulillah...pastu aku pergi ke Hijir Ismail dan solat sunat dengan tenang kerana tak ramai orang....syukur sangat...polis yang jaga tu pun baik..Malazii..malazi....hehehe!!

Lepas solat Jumaat kami bersiap untuk pulang ke Riyadh...singgah jap kat Al Baik beli ayam sat! Kami berkonvoi dengan dengan keluarga Bakhtiar dan Hafizah sekeluarga dan sampai Riyadh jam 12 malam....Syukur segalanya berjalan dengan lancar dengan izinNYa....Alhamdulillah.





Sunday, January 10, 2010

SYDNEY 041209-091209

........Syukur Alhamdulillah kali ini aku dapat merasa mengikut suami sekali lagi pergi menghadiri konferen di Sydney, Australia Konf nya 2 hari je dari 7hb-8hb.. Dalam tahun ni dah 2 kali pi konferen sambil makan angin. Now turn kami pulak nak Honeymoon...anak2 tinggal kat rumah yer.....jangan nakal2....Mama ngan ayah nak pi bersuka suki jap....Kebetulan kami sekeluarga tengah bercuti di Malaysia dan anak2 kami tinggalkan dengan kakak dan opah mereka...senang hati sikit. Budak2 pula alhamdulillah tak kisah ditinggalkan kecuali yang si kecik Ijan..last minit dia menangis masa kami nak naik limo ke KLIA.... Flight kami pukul 1025 malam..sampai dalam jam 9 pagi...8 jam perjalanan. Sampai di Hotel Grace..kami check in tapi tak boleh nak masuk bilik lagi sampai kul 3...kami pun merayap dengan menaiki Hop on Hop off. Penat dan tak mandi la jugak....melekit ..weather tak berapa sejuk...tapi ok la...Sydney memang cantik dan so windy...best!!! Pengalaman pergi ke Bondi beach pun best...turun je dari bus..smua orang duk pakai baju tak cukup kain cuma aku je yang elok bertutup satu badan..segan pun ada..Aku terus masuk kedai beli topi cik Meor dan duduk makan ice cream, Pastu naik bas balik..tak pergi menjengah pun ke pantai...ishkkk...malu la.. Suruh Meor je pergi sat ambik gambar kut kut ada yang tel......ng bulat..."Bang Haji nak pi ambik gambar..pi la..tapi jangan lama2 sangat ya..."hehheheh.!!!!! Nak cerita memang panjang kisah pengembaraan kami di sana...malas pulak nak menaip nih....nanti la kalau rajin baru kita sambung mengarang ya...hehehehe!!!! Tengok gambar je la....



Saturday, January 9, 2010

PENANG TRIP.....




Rombongan Cik Kiah nak pergi Penang wehh!!!! Kami bertolak dari Kuala kangsar pukul 1230 tgh. Alhamdulillah kami selamat tiba di Penang dan kami check in Hotel Gurney....swimming pool dia memang best. Kali ni kami mengajak Abang Am sekeluarga, mak mertua dan anak sedara mardiah untuk memeriahkan lagi suasana.... Syukur hari pun cerah.

Apa lagi budak2 nih tak sempat nak relaks pon dah meronta ronta nak pi pool...Ok la Ok laa........lets go kids...!!!

Jenuh jugak la nak suruh depa ni smua suruh naik....tak puas diaorang ni mandi.... Malam tu kebetulan birthday Hilman yang ke 8. Dah besar anak mama nih. Dia asyik dok bertanya 'takde celebration untuk dia ker???? Kami kata..'takde"...sedih dia padahal mama dan yang lain lain dah plan untuk beli cake birthday iman.......Mesti la ada sayang oiii.....u're my boy...hencem boy...LOve YOU!!!!!

Malam tu kak Siti Hawa bawa kami smua makan kat restoran..??? lupa plak nama dia...sedap makanan nya ala thai gitu. Cik abang macam tak hengat dunia memesan makanan kami malam tu.....Apa lagi..meh kita pulun semuanya.........

RAYA HAJI 2009............


























Raya Haji kali ni aku beraya di Kuala Kangsar Perak...seminggu jugak la kami balik kampung. Masa raya puasa hari tu kami tak balik kerana kami ikut cik hubby yang kena pi conferen kat Boston....alasan weh!!! Dapat jugak kami menikmati suasana hari raya di kampung tahun ni. Syukur kerana hari tu tak hujan lebat seperti selalu. Dapat jugak kami melawat sanak sedara. Tak lupa juga kami melawat abang Halim(abang meor) yang terlantar di hospital Kuala Kangsar kerana sakit buah pinggang...jantung dia kena Endocarditis. Semoga abang halim dan keluarga menerima dengan tabah segala dugaan ini....


Baju raya semua beli yang baru kecuali Iman dan Ijan.......Yang lain kena beli akibat perubahan saiz...hehehehhe!!!!


2 harikami beraya di kampung dan kami melancung ke pulau pinang selama 2 malam.....anak anak la yang paling seronok dapat mandi kolam........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...