Friday, January 15, 2010

RIADAH HUJUNG MINGGU


Hari Khamis lalu 14 Jan 10...kami merancang untuk berkelah sambil budak2 main basikal dan ripstick. Malam sebelum tu kami belikan basikal untuk Iman dan Ijan jer...kecian kat abang2 pasal kereta ayah kecik sangat.nanti kalau ayah ada lori..boleh laaaa....heheheh!!!..Takpe2 kami belikan korang Ripstick jer tapi semua kedai dah takde jual..stock habis dibeli oleh rakyat malaysia di Riyadh...huhuhuhu!!!!

...........Pagi tu selepas subuh mama masak nasik lemak, telur goreng, sardin dan goreng karipap dan cuq badak...Kak Elin pun sama masak nasi lemak dan buat sambal tumis ikan bilis.Eh lagi satu..butter cake yang sedap tuu........Kami seramai 5 keluarga iaitu Kak Elin, Zura, Dina, Gee dan Azwa. Cuaca pun just nice tak sejuk dan tak panas.....Tiba di Muzium tu dalam pukul 10 lebih dan kami balik sebelum maghrib dalam jam 5 petang.....hari pun dah sejuk.


Ini la anak2 ku yang seronok dapat bermain basikal dengan rakan2...

Ini pula persatuan mak mak riyadh yang dah melekat dekat tikar sambil ngap ngap!!! Bapak2 pun apa kurangnya....Ngaaapppp jugak.......!!!!

Ini plak ..........posing tak habis2.....bila lagi kan?


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...