Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Bandung...Julai 12-Julai 14

Assalammualaikum......kat Riyadh baru la boleh nak update blog...kalau kat Malaysia...ermmm berjanggut la nak tunggu upload gambar...sakit hati jer..hehh!!.update pasal bandung ni hari ni 17 sept tapi kita letak tarikh publish bulan Julai lah.....hehhehe ..Sabor je laaa!!

Baru boleh nak bercerita al kisah percutian ala ala Malaysia nih... Masa balik Malaysia hari tu 29 Jun 2011 memang dah rancang nak pi ronda2 ke Bandung. Ramai sangat yang cerita tentang shopping sakan kat sana so saya pun berhajat jugak la nak pergi. Cik abang mulanya macam berat je tapi bila di pujuk2...okay la pulakk....So kami pergi dengan Yan dan Man sekali naik MAS 12hb Julai tengahari..couple jer..kids tinggal ngan opah..diorang pun tak nak pergi pasal takut macam2...hehhe.. Lagi pun ada Arsenal lawan Malaysia kat Stadium Bukit Jalil... kira okay la tuu. Kami pun pergi 2 hari jer

TIBA DI BANDARA HUSEIN SASTRANEGARA BANDUNG
 Tiba di Bandung suda.....hehehe
First stop..........Hotel NOVOTEL BANDUNG!!
Ni la Pak Mohammad yang bawa kami menjelajah Bandung.

 Makan di SANGKURIANG....Makanan dia memang sedap dan koww kaoww punya laa....
Menuggu makanan dengan penuh sabar... :))


 Ikan bakar ada...sup ikan ada.....ayam goreng ada...ulam ulaman ada....macam2 ada laaaaa....

Now...Shopping time.........yeeeehaaaa!!!!! ( RUMAH MODE)







Hari ke dua kami pergi ke Gunung berapi pulak...TAMAN WISATA ALAM TENGKUBAN PERAHU

Turun dari gunung kami berendam kaki dia air panas...

Lunch di Nasi padang...punya la banyak lauk yang di hidang tapi kami pilih mana yang berkenan di hati sahaja....Alhamdulillah kenyang :)
Banyaknyeeerrrr........................... Makan sampai tak hengat dunia....sampai kena food poisonding :((
 Sempat shopping sebelum balik ke Malaysia....tapi dalam keadaan yang tak berapa nak shopping....




Tuesday, April 5, 2011

ATOMIUM Brussels

Sampai sudah......Atomium dan Mini Europe.
The Atomium was the main pavilion and icon of the World Fair of Brussels (1958), commonly called Expo 58. It symbolised the democratic will to maintain peace among all the nations, faith in progress, both technical and scientific and, finally, an optimistic vision of the future of a modern, new, super-technological world for a better life for mankind. So kalau nak lebi lanjut..baca link ni http://atomium.be/History.aspx
Tapi...kami tak masuk dalam tu...sebab macam kesuntukkan masa je. So kami proceed ke Mini Europe. Dalam tu macam tak berapa minat nak masuk pun.

Mari kita Hop on Hop off Brussels....040411

2nd day di Brussels Belgium........jom kita jelajah dengan menaiki Red Bus Sightseeing. Pagi2 tu kena la bangun awal sikit dan beli pizza je untuk sarapan then baru kita boleh jalan2 dengan hati gumbira.....Gendang gendut tali kecapi...kenyang perut senang hati...heheh.... Erkss betul ker nih!!!!
Okay......let's go babe!!...Alamaksss....tak bawak sunglasses la plak...hilang glamor hari nih...huh!!!!
Apa2...mama kena naik dulu...korang kemudian okay..!! So kami mulakan di Bourse (Stock Exchange) tapi sekarang ni dah jadi Museum,
Sebelum bas bertolak...kita posing2 dulu k.... Still lagi kat Bourse...

Ni ...PLACE ROYAL..




Now..kita turun di PARC DU CINQUANTENAIRE(CINQUANTENAIRE PARK)
Cantik sangat tempat ni...orang pun tak ramai sangat sebab working hours..So kami melepak dekat sejam di sini sambil menikmati keindahan Arch dan bunga2.
Beautiful Brussels, Belgium.


Dekat sini pun dah beratus ratus gambar kami duk snap.. Bila lagi kan?? Entah bila boleh sampai sini lagi. So apa lagi....cheezzeee!!!
Lepas habis sesi fotografi..kami teruskan destinasi kami ke Atomium dan Mini Europe...Yallaa...!!!!

Monday, April 4, 2011

Subuh di Brussels...040411

Seawal pagi di Brussels...sejuk sekali.. Bangun untuk solat subuh jam 6pagi.... Kami menginap di Adagio Aparthotel di tengah2 bandaraya...

Saturday, February 12, 2011

Jumpa Harry dan Kak Adik di Jeddah


Kita hanya merancang tapi hanya ALLAH yang menentukan segalanya....... Cuti sekolah yang sepatutnya hibernate di rumah sahaja tetiba bertukar pulak..heheh... Bila mendapat tahu anak saudara sepupu yang terlibat dengan kacau bilau yang berlaku di Cairo Mesir akan tiba di Jeddah..so kami bertukar plan untuk melawat beliau di Jeddah. Kebetulan pula sepupu mama (kak adik) pun ada di Jeddah. Mama pun suruh cik ayah try to dapatkan cuti sehari(Rabu) untuk ke sana.....Syukur alhamdulillah cuti diluluskan walaupun dah last minit mintak...Fuhhh!!!
Hari Selasa(8.2.11) mama mengemas apa yang patut dan bersiap siap untuk perjalanan ke Jeddah yang sejauh 970km dari Riyadh......Ayah balik lambat sebab banyak kerja kena selesaikan sebelum cuti....kesian dia so mama suruh ayah tidur dulu then kita pergi yer.... :))
Mama macam biasa akan siapkan bekalan makanan dan air panas untuk drebar so dia boleh ngap ngap masa memandu nanti.....untuk hilang ngantuk nanti... So mama buatkan tuna sandwich, keropok dan kopi panas.. Pagi Rabu(9.2.11) jam 330pagi kami bertolak.......Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah.

Kami sampai di Makkah jam 10 pagi then allatul ila Jeddah....Sampai jam 11 sambil melilau lilau cari Apartment for freshen up.... tapi punya la tak jumpa2 yang berkenan di hati...tup tup kami terjumpa pulak tempat penginapan Harry yakni penempatan student2 mesir (MADINATUL HUJJAJ). Kami pun decided terus jumpa dan bawak harry makan dan ronda2.

Lebih kurang dekat pukul 1 jugak la kami masuk perkarangan Madinatul Hujjah ni. Tapi alangkah sedihnya kami sebab kami tak dibenarkan membawa keluar sesiapapun dari tempat nih.. baru pagi tu pihak atasan membekukan semua student tak dibenarkan keluar....huhuhuu :((. Merayu punya merayu pun tak dapat sampai terpaksa buat muka seposen. Tak lama kemudian ada seorang hamba Allah ni kesiankan kami lalu membenarkan kami bawa keluar anak sedara sebentar untuk di bawa makan luar...Alhamdulillah sangat2. Walaupun di suruh hantar semula pada jam 630 petang kami tetap bersyukur..

Bergambar di Madinatul Hujjaj bersama Harry

Makan dan melantak juga....hahahhah sebab dah lapar sangat. Bawa Harry makan di Asia Restaurant Jeddah...

Ronda2 di Obhor Jeddah........sementara menunggu bilik hotel di kemaskan..Pulang semula ke hotel dan mandi manda. Sungguh singkat masa nak pergi mana2......Kami sampai semula ke Madinattul Hujjat dalam jam 7 malam sebab traffic teruk sangat. Sempat juga kami belikan ayam Al Baik....
Lepas kami hantar Harry...kami pun bertolak pula ke Quraish Street untu berjumpa dengan sepupu di sana....tapi sekejap sahaja berjumpa sebab ada lagi jemputan dari kak Zunita dan Saiful di rumah mereka. Alamaks.......takde pula la gambar yang di ambil di rumah kak Ita...huuhuh!!!!!! Sabar je la..Malam tu kami terlalu penat dan sampai hotel dah dekat jam 1 pagi...apa lagi....zzzzzZZZZZZZ!!!!!!! dengan aman.

Esoknya.....

Sebelum kami berjumpa dengan Harry sekali lagi kami pergi jengah Red Sea Mall untuk sarapan dan shopping2 sikit. Masuk Danube jugak untuk belikan makanan dan keperluan Harry dan rakan2 dia......Lepas asar kami jumpa dan sempat bergambar di bilik budak2 nih...Kesian tengok budak2 bergelimpangan...heheh..ermmm yer ker!! Takpe2...anggap la ini satu ujian dan dugaan dari Allah untuk belajar lebih bersabar.. bersabar jadi pelarian ye!! :)
Baru sampai di Red Sea Mall..



Kenangan bergambar bersama sebelum berangkat ke Makkah...

Then kami terus ke Makkah untuk ziarah. Kali ni kami tak melakukan umrah. Sepanjang perjalanan ke Makkah kami selihat bukit dan gunung bewarna hijau....cantik!!!

Hotel di Makkah

Syukur kami sampai ke Makkah sebelum maghrib tapitak sempat menunaikan solat maghrib di Masjidilharam..... Kami menginap di Al Maqam Hotel sebelah Le Meridien Hotel. Buat tawaf sunat dan alhamdulillah orang tak ramai malam tuu...

Keesokkan pagi tu kami bertolak dari Makkah jam 11 pagi dan selamat sampai ke Riyadh jam 645 malam......... Syukur padaMu Ya Allah......semua di permudahkan, Alhamdulillah!!

Selesai mengerjakan tawaf sunat dan solat Dhuha di pagi Jumaat (11.2.2011)...Semoga kami sampai lagi ke rumahMu Ya Allah... Ameenn!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...