Showing posts with label activity. Show all posts
Showing posts with label activity. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Thursday, February 3, 2011

CUTI SEKOLAH aktiviti....


Wokey kids.......cuti sekolah kali ni kita tak gi jauh2 sebab ayah dah start inspection selama 4 minggu so kita pergi piknik je la kat thumamah. Only us!!! yeeehaaaa....
First time we all pergi picnic ni sekeluarga. Alhamdulillah semua okay dan kami sooooo sooo sooo happy......Jom sayang2 semua..

Baby mama suka dan enjoy sakan main kereta dan bola.......

Mama masak macaroni goreng jer dan dah marinate ayam+kambing!!!

Makan sampai buncit okay!!! Ayah yang sporting sangat....We love you!!

Lepas Maghrib kami lepak2 sampai Isyak then kami balik sebab dah tak tahan sejuk sangat. Angin punya la kuat .....but kami tahan jugak....

Thursday, January 13, 2011

WADI HANIFAH N THUMAMAH ....Again........ masuk desert 3 minggu berturut turut

Pagi Khamis yang indah kami sekeluarga menikmati breakfast di Malaz Restorant.. Almost every weekend kami pekena puri dan paratha(roti canai) disini.. Sedap jugak la rasanya dengan fish curry dan baji...wallah.. Selalu jugak la kami bertemu dengan other Malaysian famili yang makan kat situ. Kebetulan jumpa dengan Dina Mus dan Zaliah Amir. Dok borak2..tup tup Mus ajak pergi ke Wadi Hanifah lepak2. Kami kebetulan baru je hantar kereta pi saloon. Malas la nak mengotorkan kereta balik...Almaklum la tengah suci murni nih!! :)). At last cik hubby pun kata yes je laaa....then kami balik rumah sat untuk ambik apa yang patut. Ambil jacket dan tikar untuk santai dan lepak2... okay!! JOM!

Sampai di Wadi Hanifah kami melihat bekas2 peninggalan istana lama. Kebanyakkannya telah musnah akibat dari kebakaran pada zaman Ottoman...bukan Ultraman yer!!

Ni la 3 pasangan sehati sejiwa yang menyertai rombongan mengejut pagi tuu.... Dina la yang rajin bercerita tentang sejarah Dirriyah ni...jom kita baca apa yang dia tuliskan........

"Ad-Dir'iyyah was the residence and first home of the the Al-Saud royal family and the capital of the first Saudi State(1157 -1233H / 1744-1818G). Situated on the edges of Wadi Hanifa it is an oasis town with large areas of palm trees,gardens, estates and farms (mazraa). At this historical site one may see the model of the Najdi Architecture consisting of significant archaelogical buildings, palaces and mosques like the Salwa Palace, the residence and home of the Al-Saud Amirs, Saad bin Saud Palace, Nasser bin Saud Palace, Imam Mohammed bin Saud Mosque, Saad Mosque, The Guest House and Turaif Bath House. Mud brick and limestone blocks were used as the main materials to construct the buildings. Large walls and short observation towers with posts that are of cylindrical form that surround the quarter were used as surveillance and defence of the city then.The buildings were abandoned after the destruction of Ad Dir'iyyah as a result of the battles between the Saudi forces and the Ottoman army led by Ibrahim Pasha in 1233H/1818G. After the departure of the Ottomans in 1824, Turki bin Abdullah bin Saud founded the Second Islamic State in Riyadh until 1891 before the Al-Rasheed tribe captured Riyadh and the Saud were believed to flee to Kuwait. In 1902 AbdulAziz bin Abdurahman Al- Saud succeeded in recapturing Riyadh from the Al-Rasheed again. By Dina... :))
.
Santai2 sambil minum teh dan bersembang......dari kiri (me, fina,zaliah dan dina)

Melawat dam(empangan) yang kering kontang sebab dah lama tak hujan... Dalam setahun ada la beberapa kali je hujan...boleh kira dengan jari je....Masa ni Zaliah dah balik sebab tak bawa sweat shirt...sejuk dan dingin cuaca hari tuu....

Dam yang tak de air langsing dan tanah kegersangan...........tapi ramai jugak warga Saudi dan termasuk la kami pi berkelah....huhuhuhu!!!!

Petang tu selepas menunaikan solat asar..kami dan Dina sekeluarga bertolak ke Thumamah pula untuk main ATV dengan other famili.. Kami sewa satu tent dan berBBQ malam tu dan makan Khabsa.....Seronok dan penat....Kami pulang kerumah se'awal' 11 malam...:))

Wednesday, January 12, 2011

CX9 masuk saloon......

Hari Selasa 11 Jan 11 kereta CX9 kami nak pi saloon....Dia pun nak grooming jugak setelah 2 tahun comot dan tak terurus...cian dia.

Friday, January 7, 2011

Edge of the World......060111


Tanggal 6 Januari 2011 kami warga melayu Riyadh telah pergi ke satu tempat yang bernama Edge Of The Word (EOTW).. Dengan 12 buah kereta 4WD kami berjumpa di parking lot Le Mall pada jam 7 pagi dan bertolak lebih kurang dalam jam 8 pagi..Al maklum la bila dah beranak kecik nih bukan senang nak bergerak on time...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mudah dengan izinNya..Ishkkkk...formal sangat cara I tulis nih....Eh!...dah ber'I' la pulak...hehehehe
Wokeyyy........pagi tu aku terbangun lambat sekitar jam 540pagi..punya la lintang pukang macam Charlie Chaplin lajunya aku masak nasi lemak dan tuna sandwich...nak potong timun dan sebagainya.. Mula la aku pasang siren pagi tu suh budak2 semua bangun cepat dan tolong mama kat dapur..dengan2 cik abang pun kena sound...Cepatttttttttttttt...!!!!!!!!!!!! Janji boleh sampai kat meeting point tepat jam 7pagi........ Alhamdulillah sempat jugak semua tu siap dan kami keluar rumah jam 655 pagi.. Ingatkan kami dah terlambat rupa rupanya kami kereta yang ke 3...Fuhhhhhh.....kecoh je lebih mama nih..
Sementara menunggu member2 lain sampai...kami pun apa lagi...snap sana...snap sini.....walaupun muka baru bangun tidur...hehehehehe.. Pagi tu agak sejuk dan semua dah ready dengan jacket masing2..

Tengok la muka baru bangun tidur......baru nak warming up!!!

Ni la pakcik Drebar kitaorang......not bad..hensem looking guy!!!!! Bergaya dengan kereta sewanya...LAND CRUISER V8.....mantop gitew!!!

Let's start our journey........melalui kawasan2 kampung.....syok jugak. Nampak ladang2 tamar kiri dan kanan....

Ni la kapal terbang yang sepatutnya kami naik tapi........enjin takde..huhuhuhu!!!

Then kami berhenti di rest area sat untuk isi minyak dan buang apa yang patut sebelum masuk ke desert... Kat desert dah la takde tandas.....so kalau nak melepas kena la pandai2 sendiri.

Tersangkut pulak kereta Amir Zalia sebab rupa2nya kereta ni bukan 4WD.....2WD jer.....Takpe2....mujur ada kereta yang masih kosong..so boleh la menumpang.

Sementara menunggu memindahkan barang2 ke kereta lagi satu...sempat la posing sat...hehehehe Ganas gitu!!

Setelah melalui hiruk pikuk di padang pasir yang luas......sampai juga kami ke destinasi..Syukur alhamdulillah......Aku sempat jugak merasa pandu kereta Land Cruiser setelah 3 tahun duk Saudi..inilah kali pertama aku bawak kereta....Yahooooooo..!!!!

Jom kita panjat bukit.......tapi kan.....terasa teramat la penat sebab badan dah berat..huhuhuh!!!!!!!

As usual.....posing adalah wajib!!!

Kumpulan nasyid lelaki......

Seram tengok depa nih....aiishhhhhh!!!! Longgar kepala lutut nih!

The edge....(gambar fr bro Rahim)


Ni la aksi terbang tapi tak terbang kemana pun..........


kumpulan nasyid perempuan.....

Memang kami happy sangat.........Terima kasih Fina n hubby ajak kami pi rombongan cik kiah nih. Kami betul2 enjoy......
Group foto...(gambar fr bro Rahim)



krukkk...krakkkk...krukkkkk.....krakkkk.....bunyi perut masing2. Jom cari port yang sesuai untuk menjamu selera. Ini la acara yang dinanti nantikan.......makan dan makan lagi...hehehehe!!!

Pelbagai juadah........rajin mak mak di Riyadh ni.....
Kami bergerak balik keluar lebih kurang jam 2 petang then kami singgah lihat "Desert Watermelon"...tapi buah ni tak boleh makan sebab katanya beracun tapi tak tahu la pula kesahihannya. Takde sapa plak yang try makan hari tuu...so...wallahualam...

Sebelum berpisah......kita posing lagi okeyyy..

Tengoklah....semua abaya dah comot semacam.....hehehehe tapi tetap berseri muka kami semua...Bye semua Ila Liqo'........................

Malam tu famili ku dan beberapa famili di jemput makan malam kerumah kak Nafizah....Syukur alhamdulillah dapat kami menjamu selera. Menu tuan rumah memang sedap...Laksa Penang dan nasi dagang. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Naf dan suami menjemput kami dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki...Ameen


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...